Songtexte.com Drucklogo

Harum Songtext
von Sheila Majid

Harum Songtext

Hu-uh
Ha-ah-ah

Mereka mencari selagi terbang
Kerana menurut titahmu
Kepada ratunya kembali pulang
Persembahkan madu yang mika temu

Ada jua berlalu di perjalanannya
Kerana dirimu
Berulang masa dan menerusi tujuan
Selalu berjuang bagimu

Ganjarannya seorang perwira
Tiada harganya
Oh, gemilangnya suatu masa
Adalah di mahkotamu

He-hey-yeah

Yang dikatakan putaran hidup pun
Tak akan melewat walau ratunya
Di akhirnya ada yang menurut
Mewarisi segala riba


Ada jua berlalu di perjalanannya
Kerana dirimu
Berulang masa dan meneruskan tujuan
Selalu berjuang bagimu

Janjimu pada alam tak ada pengganti
Adalah cuma sama dan kasih yang telah hilang
Apa yang kau sering kali tak memperkatakan
Terjadi lagi, telah berlalu

Di dalam putaran ini (ganjarannya)
Kita yang menanti (seorang perwira)
Walaupun kita berlari (tiada harganya)
Lumrah mencari

Apa yang kau sering kali (oh, gemilangnya)
Tak memperkatakan (suatu masa)
Terjadi lagi (adalah di mahkotamu)
Telah berlalu pergi
Berulang kali terjadi dan terulang lagi

Hu-hu-uh
Ha-ah

Ada jua berlalu di perjalanannya
Mereka tahu
Berulang masa dan menerusi tujuan
Yang lain akan kembali meneruskannya


(Janjimu pada alam tak) Ada pengganti
Adalah cuma sama dan kasih yang telah hilang
Apa yang kau sering kali tak memperkatakan
Terjadi lagi dan telah pun berlalu

Di dalam putaran ini (ganjarannya)
Kita yang menanti (seorang perwira)
Walaupun kita berlari (tiada harganya)
Lumrah mencari

Apa yang kau sering kali (oh, gemilangnya)
Tak memperkatakan (suatu masa)
Ia terjadi lagi (adalah di mahkotamu)
Telah berlalu pergi

Hm-mm
Hu-uh
Ah-ah

Songtext kommentieren

Log dich ein um einen Eintrag zu schreiben.
Schreibe den ersten Kommentar!

Beliebte Songtexte
von Sheila Majid

Quiz
Wer ist kein deutscher Rapper?

Fans

»Harum« gefällt bisher niemandem.